
Untuk post kali ni, tak mahu mengomel banyak-banyak. Cuma nak bagi tip-tip bagaimana nak cari sahabat yang baik-baik. Adakah mesti yang kene dengan jiwa? Adakah mesti yang kaya dan banyak harta? Adakah mesti yang tampan bergaya dan yang cantik jelita? Adakah mesti yang mempunyai minat yang sama? Baik, tanpa membuang tenaga membaca celoteh, mari kita menyelami panduan yang tertulis di bawah. Jom baca...
Pertama, carilah sahabat yang berilmu: bukan bermakna orang yang tak banyak ilmunya kita tak boleh jadikan sahabat. Begini, pilih orang yang suka mempelajari sesuatu yang baik. Lazimnya, orang yang ada keinginan dan suka menuntut ilmu ni adalah orang yang terdedah kepada kejayaan. Jadi, apa salahnya kita bersahabat dengannya dan sekurang-kurangnya tempias ilmunya itu kena kita. Tak pandai banyak, sikit pun jadilah.
Kedua, carilah sahabat yang benci kezaliman: orang yang tak suka pada kezaliman adalah orang yang tak suka bergaduh atau cari gaduh. Kalau orang ini bersahabat dengan kita, maka kita akan selamat sebab kita tak akan bergaduh punya. Tapi jangan ambil kesempatan padanya. Orang begini sebenarnya dalam hati ada taman...cinta dan kasih sayang. Kalau bersahabat dengannya jiwa kita tak kacau, jiwa kita setenang air kolam Mak bedah sebelah rumah penulis.
Ketiga, carilah sahabat yang tidak suka mengadu bomba: tahu apa itu mengadu bomba? Maksud terdekatnya ialah suka 'report', jaga tepi kain orang lepas tu bercerita tentang keburukan kain liman:orang tu. Mana boleh macam tu kan? Tak pandai simpan rahsia dan tak amanah. Kalau kita ada panau belakang telinga pun nk bercerita kepada orang lain. Mana aci kan? Orang yang baik ialah orang menutup keaiban orang sahabatnya dan tak cakap banyak.
Keempat, carilah sahabat yang bersifat malu: maksud malu di sini ialah malu untuk membuat perkara-perkara jahat sebab orang macam ni sentiasa ingat tuhan. Dia tahu tuhan sentiasa memerhati tindak-tanduknya. Macam letak CCTV di dalam kelas...berani tak murid terjal nakal nak terbalikkan kerusi? Tak kan...sebab dia tahu pengetua sedang memerhatikannya. Namun begitu, malu tu berpada-pada dan bertempat, jangan sampai semua benda nak malu...haru nanti.
Kelima dan yang terakhir sekali, carilah sahabat yang pegang kepada janji: Ini adalah satu sifat yang sukar dilakukan untuk kebanyakan homosapien(manusia). Paling senang untuk menilainya, begini, jika seseorang tidak memegang kepada janji atau mengotakannya, boleh tak orang begini membimbing sahabtnya untuk mengikut perintah dan peraturan? Sendiri mahu ingatlah, kan.
Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri sahabat yang baik untuk dikongsikan. Tapi berpada-padalah dulu ye. Untuk mengakhiri warkah untuk kali ni, penulis nak ucapkan selamat hari lahir kepada semua pembaca. Kenapa selamat hari lahir? Sebab setiap hari kita melahirkan sesuatu yang baru dalam diri kita...dan pastikan sesuatu yang baru itu adalah sesuatu yang menambahkan amalan kebaikan kita. bye. Ditulis oleh HASAN :D
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete