Friday, 1 June 2012

Atasi Mengantuk Ketika Belajar




Bila ditanya kenapa bosan masa belajar? Jawapannya mesti kata buku tu tak best langsung --'. Ramai yang menyalahkan buku dengan mengatakan ia bosan. Ada juga yang menyalahkan suasana bilik terlalu sejuk atau amat panas. Tidak juga yang menuding jari kepada guru, kononnya tidak bijak mencungkil minat pelajar untuk belajar. Senang cerita mesti ada saja alasan untuk belajar kan? Apa pun alasan anda, masalah mengantuk ini mesti diatasi. Jika tidak, apa yang ditelaah pasti tidak diperoleh, sia-sia segala maklumat dan pasti kita tidak beroleh manfaat. Jadi penulis mulakan dengan sebab utama anda mengantuk.

1.Makan terlalu banyak sebelum belajar
Betul makan membekalkan tenaga. Tetapi makanan yang terlalu banyak bakal menghabiskan tenaga para remaja dek kerana badan kita menumpukan kepada proses penghadaman makanan tersebut. dengan kata lain, andai makan berlebihan sebelum belajar dan ini akan menyebabkan anda mengantuk.

2.Tidur yang tidak cukup
Semua orang tahu akan hal ini, tetapi tidak ramai yang ambil peduli. Ramai antara remaja Malaysia suka belajar sehingga larut malam dengan alasan untuk belajar dengan tekun dan fokus. Akhirnya, hari esok menjadi hari yang huru-hara. Mana tidaknya, solat subuh terlewat (bagi orang islam), terpaksa pula untuk bergegas ke sekolah, suasana yang pagi bertukar kelam-kabut dan akhirnya hari anda bermula dengan perasaan yang negatif. Tekanan "menghodohkankan" semangat juang anda. Tidak cukup dengan itu, apabila guru sedang mengajar, anda mulalah mengantuk.

3.Tidur yang terlebih cukup
Fenomena ini agak pelik tetapi ramai juga yang mengaku mereka terjebak dengan masalah ini. Asal ada masa terluang saja mesti hendak tidur. Ini akan menyebabkan kitaran waktu rehat dalam tubuh anda menjadi keliru. akibatnya, anda akan mengantuk tanpa mengikut waktu, apatah lagi tatkala mata menghadap buku.

Sekarang penulis akan berkongsi dengan anda semua tentang kaedah terbaik untuk mengatasi mengantuk ketika belajar.

1.Makan sekadar keperluan
Asalkan anda makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini akan memberikan fokus terbaik untuk belajar. Sebagai peringatan, jangan mengambil asam atau jeruk untuk menjadi peneman anda dalam memerangi mengantuk. Walaupun anda  rasa kurang mengantuk dengan adanya asam dan jeruk, anda juga sebenarnya sedang mengurangkan juga kekuatan memori dan daya fikir!

2.Jaga masa tidur
Tuhan menciptakan tidur itu untuk merehatkan badan. Maka apabila sampai masa untuk tidur , tidurlah dengan selesa. Jangan terlebih ataupun terkurang. Remaja yang cemerlang tidur 6 hingga 8 jam sehari. Usah bersengkang mata dengan alasan untuk belajar kerana waktu sebegitu , anda memerlukan rehat yang secukupnya untuk hari esok yang lebih positif dan bersemangat. Takut nanti anda bukannya membaca buku tetapi sekadar melihat buku sahaja.

3.Tidur apabila terlalu mengantuk

Apabila anda mengantuk kerana  terlalu penat melakukan sesuatu, maka tidurlah sebelum anda duduk di meja  study. Cuma bagi yang mengantuk tanpa alasan yang kukuh , apa kata cuba kaedah ini. Anda tidur tetapi sekadar tidur menongkat dagu di meja study. Pejamkan mata. Apabila tangan anda sudah tidak mampu menongkat kepala, anda pasti "terganggu"  dengan insiden itu. Insiden itu akan membuatkan mata anda bulat kembali. Tambahan pula apabila mata terbuka dan terlihat buku dan tugasan di atas meja.

4.Belajar dengan aktif
Dengan kata lain elakkan membaca dengan menggunakan mata. Oh, jadi guna apa? Gunakan mata untuk melihat, mulut untuk membaca dengan kuat, tangan untuk mencatat atau menggariskan isi penting dan kaki untuk bangun sambil study ketika mula bosan.

5.Berdoa
Berdoa dan merayu kepada tuhan agar anda diberikan tenaga dan semangat untuk belajar tanpa gangguan mengantuk.

Akhir kalam untuk kali ini, penulis akan doakan agar anda semua dapt mendalami ilmu tanpa gangguan mengantuk. Selamat mencuba. Anda mampu mengubahnya. HASAN

No comments:

Post a Comment