Saturday, 9 June 2012

Remaja Dan Wang



Remaja memerlukan wang sama seperti orang dewasa, apa yang berbeza ialah kita tidak mempunyai pendapatan sendiri dan lebih bergantung kepada ibu bapa ataupun pinjaman pelajaran untuk memenuhi keperluan seharian. Kita juga sering kali terperangkap dengan masalah tidak cukup wang, sama seperti dialami kebanyakan dewasa. Persoalannya, bagaimana kita belajar daripada kesilapan untuk mengelak daripada ditimpa masalah yang sama berulang-kali? Jawapannya mudah, kita mesti belajar merancang kewangan.



Kepentingan merancang kewangan

1. Bantu guna wang secara teratur
Sering kali kita berbelanja tanpa perancangan teliti yang menyebabkan pembelian barang-barang tidak diperlukan. Tentu kita pernah membeli baju fesyen terkini yang akhirnya terperap di dalam almari kerana ianya tidak bersesuaian dengan selera peribadi. Pembaziran sebegini dapat dielakkan jika kita mengamalkan perancangan kewangan yang baik.

2. Memberi ruang untuk menyimpan 
Merancang kewangan secara bijak dapat membantu kita menyimpan sedikit wang. Dengan simpanan yang ada, pelbagai pelaburan boleh dibuat seperti membeli saham amanah atau sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk membeli skuter idaman.

3. Meningkatkan taraf kehidupan 
Setiap daripada kita mesti mempunyai impian untuk hidup selesa. Maka perkara pertama yang mesti dilakukan ialah belajar merancang kewangan. Jika ini dapat dilakukan dengan betul, wang dapat membantu kita melanjutkan pelajaran dan sekaligus menigkatkan taraf kehidupan kepada yang lebih baik.

Merancang kewangan 
Merancang kewangan tidaklah sesukar yang disangkakan. Ia sebenarnya proses menentukan hala tuju kewangan dan seterusnya merangka langkah-langkah perlu untuk mencapainya. Ia juga membantu kita mengawal semua aspek kewangan termasuk perbelanjaan, pinjaman, penyimpanan dan pelaburan.

Merancang kewangan sangat mudah, kita hanya perlu ikuti langkah berikut: 
1. Tetapkan matlamat
2. Ketahui kedudukan kewangan terkini
3. Buat pelan tindakan
4. Buat apa yang dirancang
5. Jadikannya amalan

Langkah 1: Tetapkan matlamat 
Perkara terpenting merancang kewangan ialah mengetahui apakah matlamat yang ingin dicapai. Namun dalam menentukan matlamat, kita harus pandai membezakan antara keperluan dan kehendak. Keperluan adalah perkara asas penting untuk kehidupan seharian seperti makanan dan pakaian manakala kehendak hanya membantu meningkatkan keseronokan kehidupan seperti pergi menonton wayang dan membeli gitar elektrik. Secara semula jadi, kita lebih tertarik memenuhi kehendak. Tapi ingat! Kehidupan kita tidak berakhir jika tidak menonton Charlie�s Angels II bulan ini.

Bolehkah saya bezakan keperluan dan kehendak?

Baca senarai di bawah dan tandakan yang mana satu keperluan dan kehendak.

Keperluan Senarai Kehendak 
CD baru
Alat mandian
Tiket wayang
Buku rujukan

Bagaimana menetapkan matlamat?

Dalam merancang kewangan, perkara terpenting ialah menentukan matlamat dengan jelas. Ini boleh dilakukan dengan SMART (specific, measurable, attainable, realistic dan time-frame). Antara lain, jika matlamat kita ialah bercutian pada penggal percutian akan datang, maka matlamat tersebut mestilah jelas, boleh dianggar, boleh dicapai, munasabah dan mempunyai jangka masa.


MATLAMAT

Saya hendak pergi bercuti di penggal percutian.Saya perlukan sedikit wang.Saya akan memasuki pertandingan di radio untuk dapatkan wang.Saya hendak melawat semua tempat bersejarah dalam sehari.Saya perlu meyimpan
secukupnya sebelum bercuti. SpecificMeasurableAttainableRealisticTime-frame.

Saya hendak melawat semua tempat bersejarah di Langkawi pada penggal percutian akan datang.Saya perlukan RM300 untuk tambang, ole-ole, makanan dan penginapan.Saya perlu menyimpan RM20 setiap minggu selama 15 minggu.Saya hendak melawat 3 tempat bersejarah dalam sehari.Saya perlu menyimpan bermula Ogos untuk mendapatkan wang secukupnya sebelum bercutian.

Langkah 2: Ketahui kedudukan kewangan terkini
Langkah kedua ialah menilai kedudukan kewangan kita pada masa ini. Ia boleh dilakukan dengan mengenal pasti punca-punca kewangan. Adakah kita menerima elaun daripada ibu bapa atau bekerja sambilan?
Seterusnya, kita perlu mengenal pasti arah pengeluaran wang. Berapa banyak yang dibelanjakan untuk hiburan? Adakah kita menggunakan wang untuk membayar hutang membeli alat pemain MP3 dan sebagainya? Mengenal pasti aliran wang membantu kita mengetahui kedudukan kewangan terkini kerana ia boleh mempengaruhi tahap pencapaian matlamat yang ditetapkan.

Berikut adalah aliran wang Lina, seorang remaja di Kuala Lumpur.

Wang masuk Wang keluar
Isnin Tiket konsert � RM50
Selasa Elaun dari abah � RM100
Rabu Buku Harry Porter � RM39
Khamis VCD � RM30
Jumaat
Sabtu Remy bayar hutang � RM20 Makan tengahari � RM11
Ahad Coffee Bean � RM 15 & Wayang � RM10
TOTAL RM120 RM155

Mengikut jadual di atas, Lina sebenarnya terlebih berbelanja sebanyak RM35. Dia mungkin terpaksa menggunakan wang simpanan atau meminjam kawan.
Gunakan jadual di atas untuk mengetahui kedudukan kewangan terkini kita. Pada mulanya agak sukar untuk mencatat setiap perbelanjaan setiap hari. Bagaimanapun, jadikannya suatu kebiasaannya kerana ia akan banyak membantu.
Setelah mengetahui kedudukan kewangan dan mengenal pasti matlamat, langkah seterusnya ialah membuat pelan tindakan.

No comments:

Post a Comment