Sunday, 3 June 2012

Kelebihan Si Tangan Kidal



Siapa kidal kat sini? angkat tangan kiri. hehe... Selalu orang cakap tangan kiri ni tak elok kan? Mesti orang pernah cakap tangan kiri tu kotor. Tau-tau je la kan kenapa? Tetapi, sebenarnya kidal ada baiknya dan ada kelebihannya.


Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya, kidal juga bermaksud lebih mnguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaituvotak di sebelah kiri menguasai bahagian tubuh sebelah kanan manakala otak sebelah kanan lebih menguasai bahagian tubuh di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebeblah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini, adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

Rumusan
@Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
@Orang kidal tak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang kidal.
@Menurut kajian tiada sesiapa pun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang dapat mengaitkan orang kidal dapat dikenal pastikan. Tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
@Leonardo Da Vinci menuliskesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa untuk menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya.
@Hari istimewa untuk orang kidal adalah hari kidal sedunia yang disambut pada 13 ogos setiap tahun.
@Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.



Done! HASAN. Bagi penulis tangan kidal tidak perlulah bermalu dengan sikap semula jadi anda. "BE YOURSELF". Orang tangan kidal ada hri bagi orang tangan kidal yang disambut setiap tahun. Orang yang menggunakan tangan kanan ada? :)

No comments:

Post a Comment