
Masalah mulut berbau sering kali membimbangkan para remaja. Pelbagai cara yang digunakan untuk mengatasi masalah mulut berbau ini seperti mengosok gigi berkali-kali, mengunyah gula-gula dan juga gula-gula getah, memakai pewangi mulut dan sebagainya.
Tetapi tahukah anda apakah punca dan cara untuk mengatasinya? Kali ini NotaHati menyediakan info berkaitan masalah mulut berbau dan cara untuk mengatasinya. Jom baca.
Punca Masalah Mulut Berbau
Bakteria yang membiak di dalam mulut merupakan punca utama mulut berbau. Ia boleh hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi serta mengeluarkan bau yang kurang enak.
Kebanyakkan bakteria hidup di kawasan yang sudah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang-karang yang melekat di poket gugsi dan juga di celah-celah rekahan lidah.
Cara Untuk Mengatasi Masalah Mulut Berbau
@Berus gigi dan gunakan benang glos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup- @Jangan tergesa-gesa memberus dan glos gigi kerana ia tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda
- @Membersihkan lidah juga penting kerana banyak bakteria tersembunyi di rekahan lidah dan di bahagian belakang lidah
- @Guna berus gigi yang lembut dan beruslah secara perlahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih
- @Minumlah air terutamanya air suam kerana ia mempunyai banyak khasiat
Semoga tips di atas boleh membantu anda untuk mengatasi masalah mulut berbau. Jadi anda tidak perlu malu lagi untuk bercakap dengan pasangan atau rakan-rakan anda dan yang paling penting anda tidak perlu lagi menguyah gula-gula dan juga gula-gula getah dan pewangi mulut untuk mendapatkan mulut yang tidak berbau. HASAN
No comments:
Post a Comment